suria

Tandatangan borang pengecualian setebal 40 halaman kalau nak masuk rumah hantu paling seram

MCKAMEY MANOR adalah sebuah rumah hantu yang paling menyeramkan daripada semua rumah hantu yang ada, lapor portal WTHR.

Rumah hantu yang terletak di Summertown, Tennessee di Amerika Syarikat itu begitu ekstrem sehingga memerlukan peserta yang ingin masuk ke dalam rumah tersebut untuk mengisi borang pengecualian setebal 40 muka surat.

Mereka juga perlu memberikan ‘perkataan selamat’ sebelum dapat masuk ke rumah hantu berkenaan.

Dilaporkan, hampir tiada seorang pun yang mampu menghabiskan pengalaman masuk ke McKamey Manor yang dimiliki oleh Russ McKamey.

Namun, jumlah peserta orang yang berharap untuk mencuba masuk ke rumah hantu tersebut sangat ramai.

Kredit gambar daripada Daily Edge.

Menurut laporan 12News, terdapat 24,000 permohonan semasa untuk diproses oleh pemilik rumah tersebut.

McKamey Manor juga dipaparkan dalam siri dokumentari Netflix ‘Dark Tourist’, sebuah program yang menunjukkan wartawan David Farrier berkunjung ke lokasi pelancongan berhantu dan luar biasa di seluruh dunia.

McKamey Manor bebas dikunjungi oleh sesiapa yang berani mencuba pengalaman menggerunkan dan keseluruhan pengalaman mengambil masa berjam-jam.

Mereka yang menyelesaikan pengalaman masuk ke McKamey Manor akan diberikan hadiah, lapor NBC 12.

Selain daripada mengisi borang pengecualian dan memberikan ‘perkataan selamat’, berikut adalah syarat yang perlu dipenuhi para peserta:

    - Berusia 21 dan ke atas, atau 18-20 tahun dengan kelulusan ibu bapa

    - Selesaikan latihan fizikal sukan dan mengemukakan surat doktor yang menyatakan bahawa peserta itu sihat daripada segi fizikal dan mental

    - Lulus pemeriksaan latar belakang

    - Diperiksa melalui Facebook, ‘face time’, atau telefon

    - Mengemukakan bukti memiliki insurans perubatan

    - Menandatangani borang pengecualian setebal 40 halaman

rumah hantu

Artikel Lain