BERGELAR anggota polis dan bertugas ketika rusuhan sudah pasti merupakan salah satu tugas paling berat dalam kerjaya ini. Salah satu buktinya adalah kejadian di wilayah Pergunungan Bintang di Papua, di mana berlaku rusuhan di daerah Oksibil pada Selasa. Satu rakaman video tular menunjukkan betapa penguatkuasa undang-undang di sana berdepan situasi bahaya. Dikongsi oleh Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa Polis Negara dan bekas Pengarah Jenayah di Polis Metro Jakarta, Brigadier Jeneral Krishna Murti, video itu menunjukkan seorang polis rusuhan masih meneruskan tugasnya walaupun matanya ditusuk anak panah. Kamera menunjukkan pegawai berkenaan tetap berjalan di zon konflik walaupun matanya cedera. Dalam posting itu, Krishna memuji polis berkenaan yang tidak didedahkan identitinya, menulis kapsyen: "Dia tidak ingin jadi pahlawan. Dia hanya ingin melaksanakan tugas. Mata kena panah ketika cuba mengawal konflik. Dia tetap kuat. Kamu hebat! Kami bangga!" Seperti yang dilaporkan oleh Kumparan, polis itu dipindahkan ke ibukota Papua, Jayapura untuk rawatan intensif. Sekurang-kurangnya lima orang awam dilaporkan cedera dan sekurang-kurangnya lima buah rumah dan lima kedai dibakar akibat rusuhan itu. Seorang lagi pegawai polis juga dilaporkan terkena anak panah di paha semasa rusuhan di Oksibil. Daerah Gunung Bintang menyaksikan banyak pertempuran ganas sejak April antara kumpulan yang menyokong dan menentang kepimpinan Constans Oktemka. View this post on Instagram Masya Allah.. Dia tidak ingin jadi pahlawan. Dia hanya ingin melaksanakan tugas. Mata kena panah saat mengamankan konflik. Dia masih tegar.. KAMU HEBAT NAK..!! KAMI BANGGA.. #kmupdates . Pasti sebagian dari kalian berkata: sudah resiko.. A post shared by Krishna Murti (@krishnamurti_bd91) on Oct 3, 2018 at 8:43am PDT