suria

Hampir 2,000 korban tsunami di Sulawesi, 5,000 masih hilang

Keadaan rumah-rumah yang musnah akibat kejadian gempa bumi dan tsunami di Palu, Sulawesi. Foto Reuters

ANGKA kematian akibat kejadian tsunami di Sulawesi, Indonesia dijangka mencecah 2,000 orang, dengan beribu-ribu mangsa masih hilang.

Operasi mencari mayat dijangka berakhir pada minggu ini, tetapi keputusan agensi bencana di negeri itu dikritik keluarga mangsa.

Ia membangkitkan kemarahan dan kesedihan orang ramai berikutan skala operasi mencari mangsa dikecilkan.

Gempa bumi dengan 7.5 magnitud pada 28 September lalu menggegarkan bandar Palu di Sulawesi, mengakibatkan tsunami.

Pasukan penyelamat berkata, tiada siapa yang mengetahui jumlah sebenarnya mereka yang hilang, tetapi sekurang-sekurangnya ratusan mangsa.

CNN memetik seorang jurucakap wilayah sebagai berkata, jumlah kehilangan itu mencecah 5,000 orang. - Mirror Online


tsunami, sulawesi

Artikel Lain