SEORANG lelaki dengan nama panggilannya "Snake" (Ular) dihukum penjara kerana menyimpan 35 haiwan liar termasuk seekor aligator sepanjang 1.2 meter dalam bilik tidur. Lee Thompson, 36, disabitkan bersalah kerana menyimpan haiwan reptilia tanpa lesen, serta haiwan-haiwan berbahaya lain seperti ular tedung. Kesemua haiwan itu ditemui di dalam bilik tidur Thompson di Westcliff-on-Sea, Essex, England, pada Januari lalu. Malah, sebahagian haiwan dibiarkan mati atau bermasalah selepas tidak diberikan makanan, air atau sumber haba yang teratur. Seorang jurucakap Essex berkata: "Thompson menyimpan haiwan liar dalam keadaan yang teruk, sehingga mengakibatkan 17 haiwan mati. "Dia bukan sahaja menyimpannya tanpa lesen tetapi menunjukkan tiada penjagaan yang baik atau memelihara kesemua haiwan itu secara teratur." Thompson pertama kali menjadi perhatian polis pada November 2015. Dia yang berasal dari Laindon, Essex ketika itu menyimpan 45 haiwan eksotik termasuk 35 ular dengan pelbagai spesis, tujuh spesis labah-labah, seekor katak dan masing-masing seekor cicak, katak dan penyu di sebuah unit kediaman di Basildon, Essex. - Mirror Online