suria

Mangsa culik dipaksa menyanyi sambil bogel, dua lelaki dipenjara 15 tahun

DUA pemuda yang terlibat dalam satu kes culik di Batley, England akhirnya dipenjarakan oleh pihak berkuasa.

Sakhawat Hussain, 35 dan Andre Clarke, 30, bukan sahaja mencurah air panas ke atas kemaluan mangsa malah turut menyeksanya dengan tukul dan pisau.

Mangsa yang berjaya melarikan diri disahkan mengalami beberapa kecederaan seperti patah tulang, bengkak serta kulit di bahagian kaki dan alat sulit bertukar menjadi kemerah-merahan.

Mereka turut memaksa mangsa lelaki itu supaya menyanyikan lagu Whitney Houston dalam keadaan berbogel.

Selain seksaan itu, dua penculik berkenaan turut memaksa mangsa menyanyikan lagu Whitney Houston dalam keadaan bogel.

Suspek pertama, Hussain yang mempunyai lima anak serta suspek kedua dihukum penjara 15 tahun setelah disabitkan bersalah atas pertuduhan kes tersebut.

"Seksaan mental dan fizikal, serangan ini pastinya akan meninggalkan kesan kepada mangsa.

"Kamu tidak ada rasa kasihan sewaktu memperlakukan mangsa sedemikian rupa, malah kamu menakutkan mangsa dan keluarganya," ujar hakim, Robin Mairs.

Hakim yang mengendalikan kes tersebut turut menyifatkan perbuatan dua suspek sebagai memalukan serta menjatuhkan martabat seorang manusia.-News.Sky.

Culik

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan