suria

Sindrom 'muka singa', doktor berjaya ubah wajah lelaki ini jadi normal

SEORANG lelaki kini boleh menarik nafas lega apabila wajahnya tidak lagi menyerupai bentuk muka singa.

Suresh (bukan nama sebenar) dari Tamil Nadu, India  mengalami sindrom muka singa ketika berusia 18 tahun.

Ia menyebabkan muka Suresh membesar serta membentuk saiz yang menyakitkan dan pihak doktor tidak dapat membantunya selama bertahun-tahun.

Ia berpunca daripada tulang mukanya membesar dan membentuk muka seperti singa.

Selama 20 tahun Suresh hidup dalam terseksa sehinggalah doktor Sunil Richarson berjaya mengubahnya.

"Pesakit ini telah bertemu sedozen pakar bedah di beberapa buah mencari rawatan dan semuanya terpaksa ditangguhkan.

"Saya ada mendengar mengenai rawatan kraniofasial (berkaitan muka dan gigi) terhadap pesakit lain. Dan saya mencubanya.

"Dengan keadaannya yang miskin, jadi kami merawat Suresh dengan percuma dan hanya membayar harga ubat sahaja," jelas Dr Richarson.


sindrom muka singa

Artikel Lain