suria

Jadi gemuk gara-gara tidur 22 jam sehari selama dua tahun

SEORANG wanita yang tidur selama 22 jam sehari hampir dua tahun mendedahkan dia mengalami kegemukan melampau akibat tabiat buruk itu.

Mise Coakley turut berdepan masalah kesihatan yang teruk dan hampir tidak boleh bergerak pada 2010 gara-gara makan makanan ringan seperti kerepek dan coklat.

Wanita berusia 34 tahun dari Whitby, Yorkshire Utara itu mendakwa bentuk badannya bertukar dari saiz 10 ke saiz 24 kerana kurang bergerak.

"Saya seperti baharu terbangun dari tidur dan tiba-tiba jadi 'gemuk'.

"Saya tidak dapat bergerak dan hanya tertidur kerana keletihan dan hanya makan makanan ringan tidak sihat.

"Akibatnya berat badan saya naik mendadak," katanya.

Mise sudah kembali ke bentuk badan asalnya.

Akibat masalah kesihatan yang teruk pada 2010, Mise hanya mampu terlantar di atas katilnya selama 21 bulan sehingga Februari 2013.

"Saya banyak tidur sepanjang hari, ada kalanya selama 22 jam. Saya rasakan seperti tidak cukup tidur.

"Saya akan merangkak di dalam rumah kerana tiada tenaga untuk berjalan," katanya.

Mise mengalami kesakitan kaki yang teruk kerana tidak dapat menampung berat badannya.

Akhirnya dia nekad untuk menurunkan berat badannya pada Februari 2013.

Lima tahun kemudian dia berjaya kembali ke bentuk badan asalnya iaitu saiz 10 selepas menjalani gaya hidup sihat. - Metro.co.uk

gemuk

Artikel Lain