suria

Lelaki ceroboh kandang, lakukan seks dengan kuda sebelum ditembak pemilik

SEORANG lelaki cedera ditembak oleh pemilik kuda gara-gara menceroboh kandang di kediamannya baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, siasatan mendapati lelaki itu juga pernah merogol kuda milik lelaki berkenaan pada Ogos lalu.

Namun, percubaan Adelio Guzman, 45, yang berasal dari Camden untuk menceroboh sekali lagi pada 2 Oktober lalu berakhir dengan mimpi ngeri apabila dia cedera ditembak.

Nasib tidak menyebelahi Adelio apabila kehadirannya dihidu penggera keselamatan sebelum ia mengeluarkan bunyi amaran secara automatik.

Susulan itu, pemilik kuda berkenaan tersedar dan terus menembak lelaki tersebut.

Selain dakwaan penganiayaan haiwan dan cubaan melakukan hubungan seks dengan haiwan, dia turut didakwa atas kesalahan menceroboh kawasan peribadi.

Ia bukanlah kes pertama seumpamanya apabila tiga petani turut didakwa kerana melakukan hubungan seks dengan kuda, anjing dan lembu pada Ogos lalu.

Kejadian itu berlaku di Munson, Pennysylvania, Amerika Syarikat.-Toronto Sun.

Rogol

Artikel Lain