suria

Rakaman audio 11 minit jadi bukti wartawan Jamal Khashoggi diseksa sebelum dibunuh

AKHBAR Turki, Yeni Safak mendedahkan pada Selasa bahawa Pertubuhan Perisikan Kebangsaan Turki mempunyai rakaman audio selama 11 minit berhubung kes penyeksaan dan pembunuhan wartawan Saudi, Jamal Khashoggi (gambar) di dalam konsulat negaranya di Istanbul.

Akhbar itu menekankan bahawa rakaman selama 11 minit itu mengesahkan serangan berlaku ke atas Khashoggi sebaik memasuki konsulat tersebut.

Oleh itu, audio itu dikongsi dengan pihak-pihak antarabangsa untuk memaklumkan kepada mereka apa yang berlaku.

Sementara itu, Al-Jazeera melaporkan bagi pihak sumber dalam penguatkuasaan undang-undang Turki bahawa pihak risikan Arab Saudi telah 'menyerang secara lisan dan menggunakan kelakuan tidak senonoh ke atas Khashoggi, selain menyeksa mangsa selama empat minit pertama setelah memasuki konsulat Saudi'.

Rangkaian tersebut menyatakan bahawa, selepas dia duduk di pejabat konsul, beberapa unit keselamatan mengiringi Khashoggi dan mula bercakap menggunakan bahasa yang kasar dengannya.

Selepas itu, wartawan itu kedengaran menjerit dan memberitahu telah diserang dengan jarum.

Kemudian, suaranya semakin tidak didengari.

Menurut rakaman audio itu, kumpulan pertama elemen perisikan Saudi cuba melupuskan mayat Khashoggi, tetapi polis Turki tidak tahu sama ada percubaan untuk membuang mayat itu berlaku di dalam konsulat atau di House of the Saudi Consul.

Terdahulu, The Washington Post melaporkan bahawa pegawai kerajaan Turki telah memaklumkan kepada rakan mereka di Amerika bahawa mereka mempunyai rakaman audio dan video yang menunjukkan kematian Khashoggi di dalam konsulat Saudi di Istanbul.

Pada petang Isnin, delegasi Turki tiba di konsulat Saudi di Istanbul bagi menyertai pasukan siasatan bersama untuk menyiasat kehilangan Khashoggi.- Middle East Monitor

Jamal Khashoggi

Artikel Lain