suria

Rakan ikat ibu hamil 8 bulan di pokok dengan kawat duri, koyak perutnya curi bayi

SEORANG ibu muda maut selepas dua individu memotong perut dan mengeluarkan bayi dari rahimnya dalam keadaan dirinya diikat dengan kawat duri di sebatang pokok, menurut laporan.

Mayat Mara Cristiana da Silva, 23, yang sedang hamil lapan bulan ditemui di hutan berhampiran Joao Pinheiro, tenggara Brazil, Rabu.

Mara Cristiana da Silva. -fotoFB

Polis menahan Angelina Rodrigues, 40, yang menurut laporan 'mengimpikan seorang bayi perempuan'.

Dia didakwa pergi ke Hospital Sao Lucas dan memberitahu doktor bahawa dia baru melahirkan anak.

Doktor yang curiga dengan dirinya menghubungi polis apabila dia menolak pemeriksaan kesihatan.

Suaminya, Roberto Gomes da Silva juga ditangkap selepas mayat Mara ditemui.

Dia mengaku membuatkan mangsa mabuk dan mengikatnya pada sebatang pokok dengan dawai berduri sebelum mula memotong rahimnya.

Polis menahan Roberto selepas meragui Angelina tidak mungkin melakukannya sendirian walaupun lelaki itu menafikan dia berada di sana.

Seorang jurucakap polis berkata: "Kami percaya suami dan orang ketiga terlibat, tetapi semua ini bergantung kepada siasatan polis.

"Ujian menunjukkan Angelina tidak hamil dan kami percaya jenayah itu dirancang."

Balai polis tempat suspek pasangan suami isteri ditahan. -fotoGoogle

Ahli keluarganya berkata Angelina mula berkawan dengan mangsa selepas mengetahui dia hamil dan sangat baik terhadapnya.

Ibu saudaranya Euza Ribeiro memberitahu media tempatan: "Wanita itu selalu mengimpikan seorang bayi perempuan, dan ketika tahu anak saudara saya mengandung dia mula menawarkan bantuan.

"Dia meminjamkan wangnya untuk membuat imbasan ultra dan pada hari dia meninggal dia memberitahunya bahawa dia akan membeli semua keperluan bayi."

Dia juga tinggal di rumah mangsa, laporan mencadangkan.

Mayat Mara ditemui diikat pada pokok dengan dawai berduri di lehernya dan perutnya dikoyak.

Bayi itu dijaga di hospital Sao Lucas dan mengalami kecederaan di kepala. -TheSun

hamil, rahim

Artikel Lain