suria

Ibu hamil ditikam 44 kali oleh bekas suami psiko

Angila dibunuh secara kejam oleh bekas suaminya. - Mirror UK

APABILA perhubungan antara dua insan berakhir, itu tidak bermakna masalah antara mereka pada masa lalu akan turut berakhir.

Richie Wilder dan bekas isterinya Angila telah bercerai, dan walaupun kedua-duanya telah menjumpai pasangan baharu, permusuhan antara mereka masih berlanjutan.

Richie dan Angila pernah tinggal bersama di Minot, North Dakota dan mempunyai dua anak bersama iaitu seorang lelaki berusia enam tahun dan seorang perempuan berusia 12 tahun.

Semasa perkahwinan mereka, Richie telah disabitkan dengan keganasan rumah tangga dan selepas berpisah, mereka berjuang melawan hak penjagaan ke atas anak-anak.

Akhirnya, anak-anak tinggal bersama Angila dan kadangkala bermalam dengan Richie tetapi itu belum mencukupi buat lelaki tersebut.

Pelajar kejururawatan Angila, 30, kemudian menjalankan hubungan dengan seorang lelaki bernama Chris Jackson, dan pada tahun 2015 mereka dikurniakan anak lelaki berusia dua tahun dan sedang menantikan kehadiran bayi kedua mereka.

Richie.

Richie, 29, juga bertemu cinta baharu dengan seorang guru tadika bernama Cynthia. Mereka berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.

Bagaimanapun, Richie dan Angila masih bermusuhan tentang segala-galanya daripada isu penjagaan anal kepada perbezaan sikap mereka.

Richie secara jelas mahu anak-anak mereka hidup bersamanya. Angila membalas dengan menghantar sebuah artikel tentang menjadi ayah narsistik kepada bekas suaminya.

Pada 13 November 2015, dua anak pasangan itu tinggal bersama Richie dan Cynthia, sementara Angila berada di rumah sendiri dengan anaknya.

Teman lelakinya pula bekerja shift malam di kedai Walmart tempatan. Apabila Chris kembali pada waktu pagi, dia mendapati pintu rumah mereka telah dipecah masuk.

Chris terkejut melihat Angila yang hamil telah diserang secara tragis dan terbaring mati di bilik tidur mereka, sementara anak mereka berusia dua tahun selamat di bilik lain.

Richie ketika dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

Angila telah ditikam sebanyak 44 kali di muka, leher dan dada dengan beberapa luka tikaman sedalam tiga atau empat inci.

Tiada barangan lain dilaporkan hilang dari rumah tersebut dan Angila tidak mempunyai musuh.

Apabila polis memberitahu Richie dan Cynthia, mereka dengan serta-merta menawarkan sokongan dan terus menjaga anak-anak ketika kes pembunuhan itu disiasat.

Sudah tentu Richie adalah suspek utama kes berkenaan, tetapi dia mempunyai alibi. Cynthia berkata, Richi berada bersamanya dan anak-anaknya sepanjang malam.

Sebulan selepas pembunuhan Angila berlaku, pihak polis menemukan padanan DNA Richie.

Apabila mereka membuat carian ke atas kereta lelaki itu, polis mendapati ia telah dibersihkan, tetapi Richie terlepas pandang untuk membersihkan beberapa titisan darah Angila di pintu kereta. - Mirror UK

tikam, maut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain