suria

Meghan enggan kongsi berita gembira sedang hamil dengan bapa

THE Duchess of Sussex enggan memberitahu bapanya, Thomas Markle mengenai kehamilannya sebelum berita gembira itu diumumkan secara rasmi oleh Kensington Palace pada Isnin lalu.

Sebaliknya, Meghan meminta ibunya, Doria Ragland untuk memaklumkan berita gembira itu kepada bapanya.

Meghan, 37, masih terasa hati dengan tindakan bapanya yang mendedahkan segala maklumat perbualan dengan suaminya, Putera Harry.

"Meghan masih lagi bersedih dan terluka dengan tindakan bapanya.

"Dia merasa seperti dikhianati selepas bapanya bercakap kepada media ketika dia meminta bapanya supaya tidak berbuat demikian.

"Dia dan Harry amat terkejut kerana dia begitu cepat hamil dan orang pertama yang dimaklumkan mengenai berita gembira itu adalah ibunya.

"Namun dia memutuskan untuk tidak bercakap dengan bapanya dan tidak menghubunginya untuk memaklumkan berita gembira itu.

Putera Harry dan Meghan berada di Australia sempena jelajah luar negara mereka yang pertama sebagai pasangan Diraja.

"Dia tidak mahu memberitahu perkara itu kepada bapanya tetapi Doria memujuknya bahawa Thomas perlu tahu sebelum ia diberitahu kepada umum.

"Buat masa ini dia enggan bercakap dengan bapanya. Bagaimana dia boleh mempercayai bapanya selepas apa yang berlaku," kata sumber diraja England.

Menurut sumber itu lagi, besar kemungkinan Thomas tidak akan berpeluang bertemu dengan cucunya.

Kensington Palace pada Isnin lalu mengumumkan Meghan dan Putera Harry bakal menimang cahaya mata sulung mereka yang dijangka dilahirkan pada pertengahan tahun hadapan.

Bayi kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada Mei lalu itu juga bakal menjadi pewaris ketujuh takhta Diraja Britain.

The Sun pada Ahad melaporkan Meghan kini sedang hamil 15 minggu.

Meghan Markle

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan