suria

Meghan, Kate hanya guna pengilat kuku berharga £7.99

Tip kecantikan Ratu Elizabeth turut menjadi ikutan dalam tiga perkahwinan kerabat diraja England.

SEBUT sahaja perkahwinan diraja, sudah tentu ia akan diraikan dalam suasana penuh mewah dan gilang-gemilang.

Namun apabila melibatkan tip kecantikan, golongan kerabat diraja juga sama seperti insan biasa yang lain.

Tradisi yang dimulakan oleh Ratu Elizabeth apabila menggunakan produk kecantikan yang berharga 7.99 pound sterling (RM38) turut menjadi ikutan dalam tiga perkahwinan diraja baru-baru ini.

Puteri Eugenie, yang berkahwin dengan pasangannya, Jack Brooksbank pada 12 Oktober lalu tidak ketinggalan mengikut tradisi Ratu Elizabeth, seperti yang dilakukan Meghan Markle pada Mei lalu.

Putera Harry menyarung cincin ke jari manis Meghan.

Malah Kate Middleton juga menggunakan tip kecantikan itu ketika dia berkahwin dengan Putera William, tujuh tahun lalu namun melakukan sedikit pengubahsuaian.

Ketiga-tiga pengantin itu memakai pengilat kuku kegemaran Ratu Elizabeth, yang menganggap warna-warna cerah pada kuku adalah tidak sesuai.

Sejenis pengilat kuku jenama Essie berwarna merah jambu yang dinamakan 'Ballet Slippers' kerana warnanya yang lembut hanya berharga 7.99 pound sterling (RM38) sebotol.

Jadi, anda juga boleh memiliki pengilat kuku pengantin diraja itu dengan harga murah.

Pengilat kuku kegemaran Ratu Elizabeth turut diminati Meghan dan Kate.

Ratu Elizabeth memulakan tradisi itu pada 1989, apabila pendandan rambutnya dilaporkan meminta sebotol pengilat kuku untuk dihantar ke Istana Buckingham.

Ratu Elizabeth terus jatuh cinta dengan warna pengilat kuku tersebut sejak dari itu.

Beliau menyifatkan warna-warna terang pada kuku sebagai 'tidak beradab'.

Patutlah kita tak pernah nampak Kate mahupun Meghan dengan kuku berwarna merah atau warna terang kerana Ratu Elizabeth tidak menyukainya. -  Mirror.co.uk

Meghan Markle, Kate Middleton

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan