SEORANG pekerja rangkaian restoran makanan segera di North Carolina, Amerika Syarikat bertuah kerana diberikan tip sebanyak AS$10,000 (RM41,630) oleh seorang bintang YouTube yang sangat pemurah. Bintang yang menggunakan nama MrBeast (gambar) dan memiliki hampir sembilan juta pengikut di YouTube itu meninggalkan wang sebanyak itu di atas meja di Sup Dogs, Greenville selepas memesan dua minuman. Dia hanya minum beberapa teguk air sambil melihat menu dan tidak menambah apa-apa pesanan selepas itu sebelum meninggalkan wang yang banyak kepada seorang pelayan wanita. Oliverio. - Sky News Pemilik restoran, Bret Oliverio memberitahu sebuah stesen TV tempatan WNCT, pelayan wanita itu menyimpan sebahagian besar wang tersebut dan bakinya dibahagikan kepada pekerja lain. "Saya pernah lihat wang tip yang banyak, tapi tidak sampai 10,000 dolar Amerika. "Orang baik masih melakukan perbuatan baik dan saya rasa ia sesuatu yang 'cool'. "Ia sangat tidak dijangka, sekali seumur hidup... tak mungkin akan berlaku lagi dalam kehidupan saya," tambahnya. - Sky News