SEORANG juruterbang Marin AS sedang disiasat atas dakwaan dengan sengaja 'melukis' zakar di langit. Pegawai perkhidmatan yang berpangkalan di California itu mencetuskan kontroversi selepas akaun Twitter Aircraft Spots menunjukkan laluan luar biasa pesawat di Laut Salton, berhampiran Palm Springs, Rabu. Walaupun reka bentuk itu tidak dapat dilihat oleh sesiapa sahaja yang menyaksikan pesawat itu, bentuk zakar jelas dapat dilihat pada aplikasi pengesan penerbangan yang menandakan laluan pesawat dengan garis berwarna terang. Paparan skrin gambar laluan pesawat yang dimuat naik di Twitter Aircraft Spots. Lukisan yang dibuat juga dilihat mempunyai bentuk menyerupai dua testis dan satu garisan lurus di bahagian hujung. Aircraft Spots menulis: "Seseorang perlu menjelaskan tentang kru Tentera Laut AS T-34C 160937 SHUTR91 keluar dari MCAS Miramar' dan kemudian membetulkan tweet untuk menjelaskan bahawa pesawat itu diterbangkan oleh anggota marin. Major Joseph Patterson memberitahu Marine Corps Times bahawa penerbangan itu adalah Squadron 101 yang digunakan untuk latihan. Dia juga mengecam tindakan itu di NBC7, menyatakan: "Tindakan lucah atau tidak senonoh, semasa penerbangan atau tidak, tidak mencerminkan nilai teras yang kita pegang sebagai pasukan marin." Patterson berkata tindakan disiplin akan dipertimbangkan selepas siasatan ke atas tingkah laku juruterbang itu selesai. -metroUK