suria

Pengantin 'main kasar', diam-diam gemukkan badan pengiring sebelum majlis kahwin

Gambar hiasan. -fotoPixabay

SETIAP wanita mahu menjadi individu paling menonjol pada hari perkahwinannya, sehingga ada yang sanggup menggunakan cara ekstrim untuk memastikan tiada siapa pun dapat menandingi kejelitaan pengantin.

Inilah yang dilakukan oleh seorang wanita Australia baru-baru ini yang mengaku diam-diam menggemukkan bakal pengiringnya sebelum majlis perkahwinan supaya mereka nampak 'biasa-biasa' sahaja.

Penny tahu bahawa dia akan diberi perhatian semasa membuat hari perkahwinannya, tetapi dia tidak tahu sejauh mana perhatian yang akan diberikan terhadapnya ketika majlis berlangsung.

Sebagai anak kedua daripada tiga adik-beradik perempuan, Penny meminta Maggie dan Charlie menjadi pengiring pengantin dan mereka semua mula merancang persiapan majlis.

Hubungan mereka sangat rapat, malah tinggal di rumah yang sama dengan tunang Penny, Richie.

Bagaimanapun mereka selalu bersaing antara satu sama lain menyebabkan Penny berfikir cara untuk mengatasi mereka berdua pada hari perkahwinannya.

-foto Pixabay

"Kedua-dua saudara perempuan saya sangat cantik," kata Penny kepada majalah Australia, Whimn.

"Maksud saya, menakjubkan. Saya tak 'hot' dan popular macam kakak saya dan saya tak comel sangat macam adik saya. Saya hanya sederhana. Tetapi saya mendapat seorang lelaki yang mencintai saya, itu sudah buat saya cukup bahagia."

Penny menganggap dirinya sebagai seorang yang 'biasa' dan selepas bertemu dengan jurugambar perkahwinan dan berbincang tentang pakaian, dia mula berfikir tentang foto-foto perkahwinannya.

Dia tidak mahu dua adik-beradik yang lain lebih menonjol jadi dia akan memastikan perkara itu tidak berlaku.

Rancangan Penny sangat mudah iaitu mahu mereka nampak biasa, tetapi dia melakukannya dengan cara 'halus'.

Pertama, dia memilih warna kuning terang untuk pakaian pengiring, yang menjadikan Maggie dan Charlie.

-foto istock

"Tetapi perkara paling teruk yang saya buat adalah menggemukkan mereka beberapa bulan sebelum majlis.

"Setiap pagi saya bangun awal dan menyediakan minuman smoothies sebagai sarapan," kata Penny.

"Saya beritahu mereka bahawa saya mahu kami semua kelihatan terbaik pada majlis itu nanti, jadi saya sediakan minuman pelangsing khas."

Apa yang tidak diketahui mereka ialah, Penny membeli banyak minuman untuk kurus, tetapi mengosongkan bekasnya dan menggantikannya dengan serbuk protein penambah berat mega yang dibeli di kedai bina badan.

Menjelang hari perkahwinannya, dia mula menambah tiga kali ganda jumlah yang ditetapkan ke dalam minuman Maggie dan Charlie.

Pada hari perkahwinan Penny, pakaian Maggie dan Charlie perlu diubah suai kerana ukuran pinggang yang bertambah, sementara pengantin wanita kelihatan sempurna, seperti yang dirancang.

Perkahwinan itu berjalan lancar dan Penny berkata dia tidak pernah mendapat perhatian seperti itu.

"Selepas itu berat badan Maggie dan Charlie menurun dan saya gembira," kata Penny.

"Kadang-kadang mereka minta saya buat minuman lazat itu lagi tetapi saya beritahu mereka ia telah dihentikan. Saya hanya buat roti bakar."

Dia mengaku sedikit kesal ketika melihat foto perkahwinannya, tetapi perasaan gembira melebihi segala-galanya.

pengantin, pengiring, gemuk

Artikel Sebelum

Artikel Lain