suria

Budak dua tahun tumbuh gigi drakula

Oakley tumbuh gigi taring menyerupai drakula.

SEORANG ibu terkejut apabila anak lelakinya berusia dua tahun setengah tumbuh gigi taring seakan-akan drakula dalam tempoh seminggu.

Panik dengan kejadian yang dianggap aneh itu, Hayley Muircroft segera membawa anaknya, Oakley bertemu dengan doktor gigi.

Namun Hayley diminta doktor gigi supaya tidak bimbang mengenai gigi baharu anaknya itu.

Malah Oakley turut menyukai wajah baharunya itu selain turut memperkenalkan dirinya sebagai 'Drakula Kecil' kepada rakan-rakannya.

Hayley berkata Oakley bukan satu-satunya kanak-kanak yang mempunyai gigi pelik.

Namun Hayley berkata keluarganya tidak mahu Oakley menyedari kewujudan gigi peliknya itu tetapi mengakui anaknya itu kelihatan seperti drakula kecil.

Gigi 'drakula' itu tumbuh dalam tempoh seminggu.

"Dia mempunyai gigi kacip tetapi dalam tempoh seminggu ia semakin panjang.

"Saya membawanya ke doktor gigi dan mereka beri jaminan semuanya ok dan dia sihat.

"Mereka kata gigi tersebut akan digerakan secara semula jadi apabila dia hendak makan," kata Hayley kepada The Mirror.

Hayley yang turut mempunyai gigi tajam ketika kecil berkata dia tidak mahu Oakley berasa tidak selamat.

"Kami panggil dia drakula kecil. Saya tahu orang ramai akan panggil dia begitu, jadi kami putuskan untuk menjadikannya sesuatu yang positif," katanya.

Walaupun mereka sedang menyambut Hari Halloween, keluarga tersebut enggan memaksa Oakley berpakaian seperti puntianak gara-gara giginya yang tajam.

"Dia kata mahu jadi Spiderman, jadi itu pakaian yang akan saya beli untuknya," kata Hayley. - Metro.co.uk

gigi, drakula

Artikel Lain