suria

Tak tahan dengar tangisan, ibu muda 'google' cara tamatkan riwayat bayi usia 4 minggu

Bayi berkenaan ditemui mati dalam sebuah beg hitam di rumah ibunya. (Gambar hiasan: http://cdn.shopify.com)

SEORANG ibu muda didakwa membuat carian Google cara-cara untuk membunuh kerana tidak tahan mendengar tangisan berterusan anak kecilnya.

Jenna Folwell, 19, ditahan pihak berkuasa setelah bayi berusia empat minggu itu ditemui mati dalam sebuah beg.

Dia pada mulanya membuat laporan polis bahawa anaknya telah diculik sebelum siasatan membawa kepada penemuan mayat tersebut di kediamannya di Chandler, Arizona.

Ujar Jenna, dia meletakkan anaknya di kerusi penumpang kereta sebelum diculik oleh seorang individu.

Namun, helah itu ternyata tidak dapat mengaburi mata pihak berkuasa sebelum dia ditahan atas dakwaan membunuh.

Pihak polis turut merampas telefon bimbit Jenna sebelum menemui lebih 100 carian menerusi laman web berbeza dengan kata kunci "cara mudah membunuh bayi" dan "kes bayi hilang".

Dia juga dikatakan membuat carian mengenai cara-cara untuk melemaskan bayi.

Sewaktu disoal pegawai penyiasat, Jenna mendakwa anaknya mati lemas sewaktu dia sedang dimandikan.

Setelah ditunjukkan bukti carian Google telefon miliknya, Jenna terus mengaku yang dia memang berniat untuk membunuh anaknya.

Ujarnya, dia tidak tahan mendengar tangisan sebelum membuat keputusan untuk menamatkan riwayatnya.-Mirror.UK.

 

Bunuh

Artikel Lain