suria

Sanggup buat 'projek' kerana tak mahu dibunuh, gadis dihentak kepala dengan batu hingga maut

Batu yang digunakan untuk membunuh Hannah dibawa sebagai bahan bukti mahkamah.

HASRAT seorang gadis untuk menghantar rakannya pulang ke rumah berakhir dengan tragedi apabila dia dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan lelaki.

Hannah Cornelius, 21, diserang empat lelaki sewaktu menghantar pulang Cheslin Marsh, 22 di Stellenbosch, Cape Town sekitar Mei 2017.

Kumpulan lelaki berkenaan didakwa cuba untuk melakukan rompakan sebelum mencederakan mereka berdua.

Hannah yang terdesak untuk menyelamatkan nyawanya pada waktu itu terpaksa membuat tawaran untuk melakukan hubungan seks dengan empat lelaki tersebut.

Dia dikatakan berbuat demikian kerana takut setelah rakannya, Cheslin, meninggal dunia akibtat dicederakan kumpulan tersebut.

Pada hakikatnya, Cheslin tidak mati, malah dia hanya tidak sedarkan diri pada waktu itu.

Hannah dibawa ke satu tempat sebelum kumpulan berkenaan menikam lehernya dan menghentak kepalanya dengan batu. Dia juga dikatakan telah diperkosa empat lelaki tersebut.

Empat suspek, Geraldo Parsons, 27, Vernon Witbooi, 33, Nashville Julius, 29, dan Eben van Niekerk, 28, bukan sahaja menghadapi tuduhan jenayah bunuh malah turut didakwa atas kesalahan merogol dan merompak.

Sewaktu dibicarakan di mahkamah, salah seorang suspek berkata, dia sebenarnya tidak berniat untuk membunuh Hannah.

"Saya nampak kawan saya bawa batu, saya cakap jangan bunuh. Namun kawan saya datang dan hentak kepala Hannah dengan batu," ujar Parson sambil menangis sewaktu mengimbau detik kejadian.

Ujarnya lagi, dia dan tiga rakan pada mulanya hanya berhasrat untuk merompak kereta Volkswagen milik Hannah sahaja.

Namun, situasi menjadi tidak terkawal apabila dua mangsa masih lagi berada di dalam kenderaan tersebut.

Menurut seorang pakar perubatan yang terlibat dalam perbicaraan itu, pembunuhan Hannah disifatkan begitu kejam dan ngeri.

"Tengkorak kepala sangat kuat, ia tak mudah pecah atau retak. Maksudnya dalam kes ini, dia dihentak dengan kuat sekali," ujar Dr Deidre Abrahams.

Cheslin yang sudah sembuh juga hadir di mahkamah bagi memberi keterangan.

Namun, Cheslin kini mengalami pekak sebelah telinga dan mempunyai parut di wajah akibat kejadian itu.

Suspek masih lagi dibicarakan. - Metro.UK.

 

 

 

 

Bunuh

Artikel Lain