PELIK tapi benar… Begitulah ceritanya apabila pokok pisang di belakang rumah berbuah lebat sehingga hampir mencecah ke tanah. Dipercayai terdapat lebih 1,000 buah dalam setandan pisang yang mengejutkan orang ramai. Peristiwa pelik itu berlaku di sebuah kampung di Dusun Glintung, Desa Kepatihan, Kecamatan Menganti, Gresik yang terletak di Jawa Timur, Indonesia. Pemilik pohon berkenaan iaitu pasangan suami isteri Muhajir, 42, dan Jumiati, 42, berkata, mereka menanam beberapa pokok pisang di belakang rumah kira-kira setahun lalu dan terkejut apabila salah satu daripadanya berbuah pelik. Jumiati berkata, semasa ditanam tiada berlaku pekara aneh sebaliknya ia membesar sepeti pokok pisang lain namun sejak sebulan lalu, mereka mula melihat sesuatu apabila tandannya semakin memanjang. “Biasanya satu pohon itu kalau berbuah hanya 10 hingga 15 sikat pisang saja, tapi kemarin kami mengiranya ada 51 sikat, itu baru separuh. Mungkin sekarang jumlahnya ratusan sikat kalau sampai ke bawah, sebab ia terus berbuah,” jelas Jumiati kepada Kompas.com. Pokok pisang yang memiliki ketinggian 1.30 meter itu dikatakan terus berbuah dan tidak menunjukkan ia akan berhenti. Lantaran pokok pisang aneh itu menjadi bualan ramai, kediaman pasangan berkenaan menjadi tumpun penduduk setempat yang berhasrat untuk berswafoto. - KOMPAS