suria

Tag pakaian terkeluar, Meghan Markle tetap yakin dan ceria

Tag yang terkeluar dari kain Meghan ternyata menjadi perbualan ramai.

BUKAN sahaja mendiang Puteri Diana dan Kate Middleton, malah setiap inci tubuh dan penampilan Meghan Markle juga sering menjadi tumpuan ramai.

Terbaharu, busana merah yang dipakai isteri Putera Harry itu menjadi perbualan hangat di laman sosial dan media massa.

Sewaktu berada di Lapangan Terbang Fua’amotu, Tonga, satu tag pakaian kelihatan terkeluar dari bahagian bawah busana berkenaan.

Biarpun kelihatan seolah-olah melekat dari bahagian dalam kain, ia masih dapat dilihat dengan jelas terutamanya sewaktu kain itu berayun ditiup angin.

Busana merah polos itu merupakan keluaran Self-Potrait dan ia dikhabarkan bernilai AS$513 (RM2,142).

Meghan dan Harry sewaktu turun dari pesawat.

Meghan dan Harry kini berada di Tonga sebagai sebahagian rangka lawatan diraja pertama mereka sebagai pasangan suami isteri.

Selain itu, mereka turut mengunjungi Fiji dan Asutralia dalam rangka lawatan itu.

Selain pakaian, berita kehamilan Meghan yang baru diumumkan turut menambah kehangatan lawatan itu,

Malah, ramai yang teruja untuk melihat pasangan itu menerusi lawatan yang diadakan.

Meghan dan Harry berkahwin pada Mei lalu. - E! Online.

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain