suria

Meghan dedah Putera Harry lakukan sesuatu yang indah pada pagi majlis kahwin

Perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle pada Mei lalu. Foto Reuters

PASANGAN diraja Duke dan Duchess of Sussex mendedahkan butiran baharu mengenai hari perkahwinan mereka dalam mesej yang dirakamkan untuk pameran di Istana Windsor.

Gaun pengantin Meghan Markle dan replika pakaian seragam Putera Harry kini dipamerkan di lokasi perkahwinan mereka, sehingga 6 Januari depan sebelum dipindahkan ke Holyroodhouse di Edinburgh.

Dalam panduan multimedia yang diberikan kepada pelawat yang mengadakan lawatan ke istana, Meghan dan Harry bercakap buat pertama kali mengenai bagaimana mereka memilih muzik, bunga malah tiara pengantin perempuan.

Meghan mendedahkan sesuatu yang indah dilakukan Harry pada pagi majlis perkahwinan mereka yang menambah sentuhan peribadi dalam hari bersejarah itu.

"Jambangan bunga terdiri daripada bunga-bunga yang kami sangat suka," katanya.

Tetapi mereka tidak hanya berpandukan pada kedai bunga yang mahal untuk mengaturkannya, sebaliknya Harry melakukan sesuatu dengan isyarat romantisnya.

"Kami mempunyai sebuah taman yang sangat kecil di sini, dan menanamnya pada musim luruh lalu, dan ia benar-benar istimewa.

"Saya fikir, pada pagi majlis perkahwinan itu, Harry memilih beberapa bunga dan membawa masuk ke dalam jambangan bunga saya, benar-benar cantik dan sesuatu yang menjadikannya sentimental dan begitu bermakna."

Harry menambah: "Kami tidak mempunyai banyak bunga di taman kecil seperti yang kami harapkan kerana saya fikir ia akan tumbuh banyak kemudian. 

Duchess tertawa dan berkata: "Itu benar!"

Harry kemudian mengesahkan bahawa sejambak bunga itu termasuk penghormatan kepada mendiang ibunya, Puteri Diana.

"Ia adalah sejambak bunga liar, rumput liar dan ia merupakan salah satu bunga kesukaan ibu saya," katanya. - Mirror Online

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Lain