suria

Pelajar 'buta' dua jam selepas bulu mata palsu melekat guna gam kuku

Megan Rixson memberitahu dia tidak dapat melihat selama dua jam. Foto Deadline News

SEORANG pelajar di United Kingdom mendakwa tidak dapat melihat selama dua jam selepas kelopak matanya tertutup akibat tersalah pasang bulu mata palsu.

Megan Rixson menggesa pengikut media sosialnya supaya amat berhati-hati apabila memasang bulu mata palsu mereka.

Pelajar kriminologi di Universiti Bedfordshire, England itu memuat naik video di akaun Twitternya, menunjukkan kerosakan akibat gam yang digunakan pada matanya ketika itu.

Megan, 20, menerima 'rawatan' pada Jumaat lalu di sebuah kedai di Luton, Bedfordshire.

Menerusi keterangan video, dia berkata: "Gadis-gadis semua sila amat berhati-hati bila anda nak pakai bulu mata palsu!

"Ia berlaku pada saya hari ini dan mereka menggunakan gam kuku pada bulu mata saya. Jujurnya, saya tak dapat lihat selama dua jam.

"Syukurlah, kesan bengkak dah berkurangan, tetapi masih rasa sangkit yang amat sangat," katanya. 

Menerusi video itu, Megan memberitahu air mata yang dilihat itu bukan disebabkan dia menangis tetapi kerana matanya sentiasa berair akibat kejadian itu.

Malah dia menunjukkan mata kanannya terasa panas dan mendedahkan mata kirinya sukar untuk dibuka.

Megan kemudian berkata, semua pandangannya begitu sangat kabur. - Mirror Online


Artikel Lain