SEPASANG suami isteri mengambil budak perempuan berusia sembilan tahun sebagai anak angkat sebelum menjadikannya sebagai hamba seks selama lebih 15 tahun. Eusebio Castillo, 48, dan isterinya, Laura Castillo, 47, didakwa melakukan serangan seksual terhadap Abigail Alvarado, anak buah mereka yang dijadikan sebagai anak angkat sehingga mangsa melahirkan tiga orang anak. Eusebio dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di San Antonio, Texas, Amerika Syarikat (AS) selepas pendakwa mengecam jenayah yang dilakukannya itu. Laura pula dikenakan hukuman penjara selama 33 tahun kerana bersubahat dengan suaminya. "Anda mengambil seorang kanak-kanak dan berpura-pura menawarkan rumah yang penuh dengan kasih sayang kepadanya. "Anda mahu dia panggil anda 'Ayah' dan 'Ibu'. Kemudian anda mulakan kerosakan dan mencederakan dirinya pada usia 9 tahun. Eusebio, Laura dan Alvarado bersama tiga anak yang dilahirkan hasil hubungan sumbang mahram. "Ia tidak dapat dimaafkan. Tidak terbayang di fikiran saya bagaimana seseorang boleh melakukan perbuatan terkutuk itu kepada anak sendiri," kata Hakim Joey Contreras. Alvarado dan suaminya, Rudy tidak dapat menahan sebak apabila hakim membacakan hukuman penjara seumur hidup terhadap Castillo. Selepas hukuman dibacakan, Alvarado dan suaminya serta pasukan pendakwaan berdiri sebelah-menyebelah menghadap Castillo. Alvarado membaca kenyataan bertulis dengan nada yang amat kuat kepada Castillo. "Anda binatang. Hukuman yang anda terima hari ini adalah sebagai balasan kepada kejahatan yang anda lakukan," katanya. Perbuatan terkutuk Eusebio terbongkar apabila Alvarado membuat laporan berhubung penderaan seksual yang dialaminya sejak 2014, beberapa bulan lalu. Peguam mewakili Eusebio, Anthony Cantrell berkata pedofil itu meminta maaf di atas jenayah yang dilakukannya. Katanya, Eusebio menderita penyakit kanser dengan doktor memaklumkan sel kanser tersebut akan membunuhnya dalam tempoh lima tahun. - Metro.co.uk