GARA-gara sedang khayal akibat pengaruh dadah, seorang wanita bertindak menggigit kemaluan kekasihnya semasa mereka sedang melakukan hubungan seks. Polis memaklumkan mereka telah dihubungi seorang lelaki yang mendakwa wanita tersebut cuba menggigit kemaluannya. Sebaik tiba di lokasi kejadian di Hanahan, sebuah bandar yang terletak kira-kira 15 batu dari utara Charleston, Carolina Selatan, Amerika Syarika (AS), mereka menyaksikan adegan seolah-olah seperti filem 'seram'. Polis berkata wanita tersebut dalam keadaan berbogel, merangkak di atas lantai dan berlumuran darah. Wanita tersebut enggan menyerah diri dan memaksa polis menggunakan stun gun. "Sejujurnya ia mengingatkan saya dengan sesuatu yang anda dapat lihat dalam aksi filem ngeri," kata jurucakap polis. Wanita dan lelaki yang mendakwa diserang kekasihnya itu dibawa ke hospital dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam Isnin lalu. Keadaan lelaki tersebut tidak dapat dipastikan dan tiada pertuduhan difailkan. Difahamkan semasa kejadian, wanita tersebut melakukan hubungan seks dengan dua orang lelaki. Seorang lagi lelaki dilaporkan tidak dicederakan. - Metro.co.uk