suria

Pengawal keselamatan dikejutkan lamaran teman wanita di pusat beli-belah

Paparan skrin daripada Facebook Dexter Ryan Coro Suarez

DAVAO: Dexter Suarez menyangka ia akan menjadi hari yang biasa buat diri dan ibunya semasa mereka berkunjung ke CityMall Tagum di Davao, Filipina untuk menonton filem pada malam 17 Oktober lalu.

Namun mereka kemudian menyedari menjadi saksi bagi rancangan lamaran yang menyentuh emosi membabitkan seorang pengawal keselamatan di pusat membeli-belah itu, Rengie Montes Matalang dan teman wanitanya, Wyndell Ybañez Aguilar, juga seorang kakitangan di CityMall.

Suarez kemudian berkongsi momen indah itu di media sosial pada 17 Oktober lalu, sebelum ia kemudian menarik perhatian netizen.

Menerusi status Suarez di Facebook, dia berkongsi sebuah video Matalang yang dikejutkan dengan lamar oleh Aguilar di pusat membeli-belah itu.

Perkataan "Sudikah anda berkahwin dengan saya" dan "Saya cinta awak" dapat kedengaran sekali gus mengejutkan Matalang yang berjalan ke arah Aguilar.

Lagu "Everything" dendangan Michael Buble berkumandang semasa momen indah tersebut.

Aguilar kemudian melutut di lantai dengan memegang sebentuk cincin.

Sebaik dia berdiri, Matalang mengambil cincin tersebut dan memberi ciuman sebelum meluntut untuk membuat lamaran, sekali gus mendapat sorakan dan jeritan orang awam.

Berkongsi kepada Inquirer.net pada 30 Oktober, Suarez memberitahu bahawa lamaran tersebut pada kira-kira pukul 8 malam dan Matalang tidak mengetahui rancangan berkenaan.

"Lamaran tersebut sangat ringkas dan ikhlas. Lelaki berkenaan terkejut apabila teman wanitanya memberikannya cincin," katanya. - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Artikel Lain