TAHNIAH kepada wanita yang mengaku melakukan hubungan seks dengan hantu dan kini mendakwa telah pun bertunang dengan salah satu daripada hantu yang ditidurinya. Amethyst Realm sebelum ini pernah menceritakan tentang cinta luar biasanya, mendakwa dia melakukan seks dengan 15 hantu dan merancang mempunyai anak dengan makhluk halus tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bercinta dengan hantu kini mahu 'anak' pula Kini, wanita berusia 30 tahun ini merancang perkahwinan selepas kekasih ghaibnya membuat lamaran di Somerset. Dia memberitahu The Sun: "Kami sejiwa, ditakdirkan untuk satu sama lain dan itu tidak akan berubah. Hakikatnya dia adalah satu semangat untuk saya." Realm sebelum ini mendakwa dia melakukan hubungan seks dengan beberapa ekor hantu dan bertemu dengan 'kekasih' baharunya semasa berada di Australia, awal tahun ini. Kekasihnya itu tidak mempunyai nama, malah Realm mendedahkan dia tidak pasti sama ada hantu itu lelaki. Jelasnya, jantina kurang penting apabila ia melibatkan hantu. Amethyst Realm sebelum ini merancang mempunyai anak dengan hantu. -fotoREX/Shutterstock Kaunselor rohani itu berkata tunangnya itu membuat lamaran di gua Wookey Hole di Somerset. "Tak ada adegan melutut! Tetapi buat kali pertama, saya dengar dia bercakap." "Kata-kata 'sudikah kamu berkahwin dengan saya?' bergema dalam gua," dakwanya. "Sukar untuk menerangkannya tetapi, sejak hari itu ungkapan tersebut sentiasa berada dalam kepala saya." Dia menggambarkan suaranya itu sebagai 'dalam, seksi dan nyata'. Realm, dari Bristol berkata keluarga dan kawan-kawannya gembira dan dia sudah merancang upacara perkahwinan Pagan (tidak percaya dengan mana-mana agama utama). Katanya, dia tahu idea untuk mempunyai anak dengan tunangnya kedengaran gila tetapi percaya ia tidak sepatutnya dipersoalkan. -MetroUK