suria

Bapa bakal dipenjarakan semula selepas bayi yang digoncang meninggal dunia 20 tahun kemudian

Pittsenbarger.

SEORANG bapa mungkin terpaksa kembali ke penjara kerana 'membunuh' anak lelakinya yang berusia 20 tahun.

Namun, apa yang anehnya, Olin Shane Tannery, 39, hukuman itu mungkin dijalani selepas dua dekad bapa tersebut dipenjarakan atas kesalahan menggoncang anaknya dengan ganas ketika mangsa berusia enam minggu.

Tannery pernah dipenjarakan selama 13 tahun kerana mengasari anaknya Dominick J. Pittsenbarger pada 19 Februari 1998.

Dia yang disabitkan dengan kesalahan serangan darjah pertama kerana menggoncang, memicit dan mencampak anak lelakinya di rumah mereka di Kansas, Missouri itu akhirnya dibebaskan pada 2007.

Mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian otak dan memerlukan penjagaan pakar pada sepanjang hayatnya.

Bagaimanapun, Pittsenbarger meninggal dunia pada April tahun ini.

Doktor di Children's Mercy Hospital berkata, kecederaan itu sangat serius dan mereka meramal mangsa tidak dapat diselamatkan.

Tannery dibebaskan dari penjara pada 2007. - Foto Pejabat Sheriff Clay County

Pihak hospital mengesahkan bahawa simptom yang dialami mangsa adalah konsisten dengan sindrom goncang bayi.

Dokumen mahkamah pula menunjukkan mangsa dijaga oleh bapa angkatnya, Wendell H. Pittsenbarger selepas serangan tersebut.

Mangsa yang menggunakan kerusi roda hampir seumur hidupnya berjaya menamatkan sekolah di Sekolah Tinggi Smithville pada tahun lalu.

"Saya sayang dia dan masih merindukannya. Saya masih memikirkan tentang dia sepanjang masa," kata bapa angkat berkenaan kepada Kansas City Star.

Mangsa juga menjadi obses dengan bola keranjang selepas diperkenalkan oleh saudara maranya.

Dia meluangkan masa bermain permainan itu di kediamannya.

Sementara itu, bapa mangsa dijangka akan kembali ke mahkamah pada Jumaat dan kekal dalam tahanan dengan bon 500,000 dolar Amerika (RM2 juta). - Mirror UK

goncang bayi

Artikel Lain