suria

Ahli perniagaan lamar kekasih pada papan iklan

JAKARTA: Adya Laksmana Sudrajat melamar taman wanitanya, Nadia Octavia dengan menyuarakan hasrat itu pada sebuah papan iklan setinggi 16 meter di salah sebuah jalan paling sibuk di Jakarta.

Lamaran pada papan iklan itu dipasang dari Isnin ke Selasa lalu di Jl. Gatot Subroto di selatan Jakarta dekat kompleks JTKI menyebut: "Selamat hari ulang tahun sayangku. Sudikah anda mengahwini saya? Nadia Octavia.”

Pada Selasa, Adya kemudian melutut di hadapan papan iklan sempena hari ulang tahun Nadia.

Nadia berkata, dia gembira menerima lamaran Adya.

"Sudah tentu, saya gembira. Saya dilamar. Saya tidak menjangkakannya, jadi saya menitiskan air mata (bila saya melihat papan iklan," kata Nadia kepada Jakarta Post pada Rabu.

Nadia memberitahu, dia menyangka teman lelakinya hanya mahu menjemputnya untuk makan tengah hari sempena hari ulang tahunnya.

Namun Adya sebenarnya membawanya ke Jl. Gatot Subroto dan melamarnya di bawah papan iklan tersebut.

Rabu lalu, Nadia yang merupakan seorang doktor memuat naik gambarnya bersama cincin pertunangan dan sekeping gambar lagi menunjukkan Adya melutut di hadapannya, di akaun Instagram miliknya.

Adya berkata, dia mahu menunjukkan kesediaannya untuk membawa hubungan yang terjalin selama setahun itu ke peringkat seterusnya. 

Di bawah  gambar tersebut memaparkan nama syarikat Adya, yang menguruskan majlis, PT Laksmindo Bahtera, dan nombor telefon perniagaan.

Menurut laman web syarikat itu, Adya merupakan pengarah pembangunan perniagaan dan pengarah perundangan yang memiliki papan iklan untuk rancangannya membuat lamaran. - The Jakarta Post/Asia News Network


Artikel Lain