PEMAIN Leicester City tiba di Thailand bagi menghadiri upacara pengebumian pemilik kelab itu, Vichai Srivaddhanaprabha. Mendiang Srivaddhanaprabha yang juga seorang hartawan maut pada Ahad lalu selepas helikopter yang dinaikinya sewaktu berlepas dari Stadium King Power di Leicester, England, terhempas sebelum terbakar. Nusara Suknamai, Kaveporn Punpare, juruterbang, Eric Swaffer dan pasangannya, Izabela Roza Lechowicz turut maut dalam nahas itu. Upacara pengebumian Srivaddhanaprabha berlangsung selama tujuh hari bermula Sabtu. Kerabat diraja Thailand dan individu-individu penting dalam sukan merupakan antara ratusan yang tiba di Bangkok, bagi memberikan penghormatan terakhir. - Mirror Online