suria

Ibu mangsa nahas Lion Air dapat petanda burung merpati jatuh dalam tangki air

JAKARTA: Ibu kepada seorang kru kabin yang menaiki pesawat malang Lion Air JT610 berkata, dia melihat satu 'petanda', hanya dua hari sebelum pesawat itu terhempas di Laut Jawa.

Pesawat yang membawa 189 orang termasuk seorang kanak-kanak dan dua bayi itu, terhempas ke laut hanya beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta dalam penerbangannya ke Pangkal Pinang.

Sementara itu, Alfiani Hidayati Solikah, 19, yang merupakan salah seorang kru kabin pesawat itu, seperti yang dilaporkan oleh The Jakarta Post pada 30 Oktober lalu, baru berkhidmat sebagai kru kabin selama dua sebelum tragedi yang berlaku pada 29 Oktober lalu.

Sukartini, ibu Alfiani memberitahu, dua hari sebelum nahas, pada tengah hari 27 Oktober lalu, dia menemui seekor burung merpati yang terbang ke dalam rumahnya, dan terjatuh ke dalam tangki air di tingkat dua.

Dia menyelamatkan burung tersebut dan menempatkannya di dalam sangkar, dan tidak terlintas ia mungkin petanda membabitkan satu-satu anak perempuannya.

"Burung itu masih hidup," kata Sukartini dipetik sebagai berkata menerusi kompas.com. – Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Artikel Lain