suria

Wanita 22 tahun jadi doktor, tapi tak ada ijazah

Gambar hiasan. -fotoGetty

BERIBU-ribu doktor warga asing segera diperiksa selepas seorang wanita dikatakan tidak mempunyai kelayakan walaupun telah bekerja sebagai psikiatri Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) selama 22 tahun.

Zholia Alemi mendakwa dia mempunyai kelayakan perubatan utama apabila dia mula-mula membuat pendaftaran di UK pada tahun 1995.

Hakikatnya, dakwaan bahawa dia memiliki ijazah dari University of Auckland, New Zealand adalah satu penipuan.

Penipuannya dipercayai hanya dapat dibongkarkan selepas dia dipenjara kerana beberapa kes berkaitan penipuan lain, bulan lepas.

Wanita itu mendakwa mempunyai ijazah ketika mula bekerja di United Kingdom pada awal 1990-an, tetapi dia sebenarnya gagal tahun pertama dan digugurkan, menurut laporan.

Zholia Alemi

Bagaimanapun, Majlis Perubatan Am (GMC), yang bertanggungjawab memeriksa latar belakang para petugas medik, dilaporkan gagal memastikan dokumennya adalah sah.

Bilangan doktor yang diaudit sehingga Ahad dianggarkan 3,000, satu angka yang GMC dilaporkan berkata mewakili hanya satu peratus dari 300,000 kakitangan medik warga asing yang didaftar.

Ketua Eksekutif GMC, Charlie Massey memberitahu The Mirror: "Ini adalah isu serius dan kami sedang menyiasat perkara ini dengan segera.

"Cukup membimbangkan apabila seseorang menggunakan kelayakan palsu untuk mendaftar dan kami berusaha untuk memahami bagaimana keadaan ini berlaku.

"Kami telah membawa perkara ini kepada pihak polis dan agensi lain, termasuk NHS England, supaya mereka juga boleh mengambil tindakan yang patut untuk
menyokong pesakit dan menjawab segala soalan mereka."

Jurucakap Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial menambah: "Sebagai organisasi yang bertanggungjawab mengawal doktor, kami mengharapkan GMC untuk menyiasat bagaimana penjenayah ini dapat mendaftar sebagai seorang doktor dan meletakkan langkah-langkah untuk memastikan ia tidak berlaku lagi." -Mirror

doktor, ijazah, tipu

Artikel Lain