suria

4 jam ibu dandan rambut anak, akhirnya dihalau dari sekolah

BAPA kepada seorang pelajar meluahkan rasa tidak puas hati apabila anaknya tidak dibenarkan mengikuti persekolahan atas alasan gaya rambutnya yang tidak bersesuaian.

Bapa kepada Miles Coaley, Brian berkata, dia kesal kerana isterinya mengambil masa yang panjang untuk menggayakan rambut anak mereka.

Menerusi kejadian di utara Wales itu, remaja berusia 15 tahun itu diminta pulang semula ke rumah sejurus tiba di sekolah apabila dia muncul dengan gaya rambut tersebut.

Menurut ketua guru di sekolah berkenaan, remaja itu hanya akan dibenarkan mengikuti persekolahan setelah dia menukar semula gaya rambut berkenaan.

Menurut bapanya, dia hairan dengan larangan itu dan tidak melihat ia sebagai satu kesalahan yang teruk.

"Saya tak nampak apa masalah dengan rambut itu, Miley masih muda dan dia hanya mahu tampil berbeza.

"Setelah 20 minit hantar dia ke sekolah, saya menerima panggilan untuk jemput dia semula dan dia tak dibenarkan belajar jika tak buang rambut itu.

"Ibunya menghabiskan empat jam untuk membuat rambut itu pada malam itu, esoknya dia pergi sekolah, dia dihalau pulang. Kawan-kawan dia pun suka gaya rambut tersebut," ujar bapanya.

Dalam pada itu, ketua guru, Andrew Roberts berkata, tindakan tersebut diambil selaras dengan polisi sekolah berkenaan.

Ujar Andrew lagi, Miley adalah pelajar yang bagus, namun mereka tidak boleh berkompromi dengan gaya rambut berkenaan.- Mirror.UK.

Miles Coaley, Rambut

Artikel Lain