SEORANG guru besar sebuah sekolah yang dikaitkan dengan tuduhan rogol pelajar berusia 12 tahun akhirnya meninggal dunia. Dia ditemui mati dengan kesan luka yang dipercayai dilakukan sendiri di sebuah kawasan pemburuan rusa, di Orange County, selatan California. Lelaki itu, Richard Omar Knight sebelum ini terpalit dengan dakwaan bahawa dia merogol salah seorang pelajarnya. Richard, 35, bertugas di Dillard Academy di Goldsboro. Mayat lelaki itu dihanyar ke pusat perubatan tempatan untuk proses bedah siasat. Malah, keluarganya juga sudah dimaklumkan mengenai kematian itu. Dalam pada itu, dia sebelum ini telah digantung tugas setelah dakwaan berkenaan timbul. Malah, satu waran tangkap terhadapnya juga telah dikeluarkan pihak berkuasa. Dia bagaimanapun menghilangkan diri sebelum ditemui mati.- ABC11.Com.