suria

Budak 11 tahun rogol, cabul tiga kanak-kanak berulang kali

Gambar hiasan.

SEORANG budak lelaki didakwa merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap tiga kanak-kanak semasa usianya hanya 11 tahun.

Dia yang kini berusia 13 tahun didakwa mencabul seorang budak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan semasa tinggal di sebuah rumah kebajikan di Merseyside, England.

Menerusi pendengaran di Mahkamah Remaja Liverpool, budak lelaki tersebut mempunyai masalah kesihatan akibatnya ibunya merupakan penagih dadah. 

Menurut laporan Liverpool Echo, memetik pendakwa raya, Athur Gibson berkata, tanda-tanda awal masalah berlaku apabila salah seorang kanak-kanak perempuan melaporkan budak lelaki itu memintanya gambar-gambar bogel.

Dia mengaku dan telefon bimbitnya dirampas, tetapi dia kemudian melakukannya lagi dan memberitahu tidak tahu mengapa berbuat demikian.

Tiga kanak-kanak yang menghabiskan masa dengan budak lelaki berkenaan ditanya sama ada mereka diapa-apakan.

Kesemua mereka mendedahkan budak itu bertindak berbogel, mendekati mereka dan meminta untuk menyentuh kemaluannya.

Salah seorang mangsa enggan dan berkata 'tidak', dia kemudian merangkul pinggang mangsa dan melakukan penderaan seksual terhadapnya.

Seorang kanak-kanak lelaki mendedahkan pelaku tersebut telah merogol ketiga-tiga mereka,

Suspek mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan rogol dan dua pertuduhan serangan seksual.

Hakim, Wendy Lloyd berkata, tertuduh perlu berdaftar sebagai pesalah seks selama dua setengah tahun dan memenuhi perintah yang ditetapkan oleh mahkamah. - Mirror Online

rogol, cabul

Artikel Lain