suria

Tiga beradik terkejut jumpa mumia budak lelaki dalam kotak kecil dalam almari bawah tangga

Tiga beradik menemui mumia adik lelaki mereka rumah ibu. - Mirror UK

SEORANG lelaki dan dua adik beradik perempuannya sedang membersihkan rumah ibu mereka yang sudah meninggal dunia ketika menjumpai mayat seorang budak lelaki yang sudah dimumiakan.

Mereka bertiga sendiri tidak menyedari kewujudan mayat budak lelaki yang dipercayai adalah adik mereka itu.

Adik-beradik tersebut menemui mayat berkenaan ketika mengosongkan rumah ibunya di Northallerton, Teesside di England pada 3 Februari lalu.

Ketika mengemas rumah ibu mereka, Carol Thompson, ketiga-tiga beradik itu menemui kotak kecil di sebuah almari di bawah tangga.

Apabila mereka membuka kotak itu, mereka menemui sampul surat dan mayat budak yang dimumiakan serta dibalut dengan pakaian.

Selepas penemuan itu, adik-beradik tersebut membawa kotak itu ke balai polis terdekat, lapor Teesside Live.

Inkues dijalankan di Solberge Hall, Northallerton, pada Rabu, mendengar bahawa mayat itu adalah anak kepada Carol Thompson dan bekas suaminya Melvin iaitu ibu bapa kandung mereka bertiga.

Mayat bayi itu kelihatan cukup sifat.

Ahli keluarga, termasuk bapa mereka bertiga, Melvin Thompson telah bercakap semasa siasatan dijalankan, tetapi tiada siapa mempunyai idea tentang kewujudan anak lain atau kehamilan tersebut.

Laporan bedah siasat dan ujian DNA mendapati bayi itu milik Carol dan Melvin Thompson.

Pakaian yang membalut tubuh mayat bayi itu dipercayai bertarikh lewat tahun 1950-an hingga awal 1960-an. - Mirror UK

mumia

Artikel Lain