suria

'Kembar' tumpang tubuh bayi lelaki berjaya dipisahkan

Pembedahan ke atas bayi lelaki dan kembar parasitnya berjaya dilakukan.

SEBUAH keluarga meraikan kejayaan pembedahan memisahkan anak lelaki mereka yang baharu lahir daripada kembar parasitnya.

Bayi tersebut dilahirkan bersama dengan kembar yang tidak terbentuk sepenuhnya pada bulan lalu.

Kembar parasitnya itu dilahirkan dengan hanya satu kaki yang melekat pada pinggul bayi lelaki tersebut.

Saraf tunjang mereka turut bercantum tetapi ia turut berjaya dipisahkan.

Rekonstruksi Dural Spina telah dilakukan menggunakan cantuman Fascia Lata daripada kaki parasit itu yang membantu kembarnya untuk terus hidup dengan mendermakan anggota badannya.

Bayi lelaki ini berjaya dipisahkan daripada kembar parasitnya.

Pasangan kembar parasit itu dimasukkan ke sebuah hospital di Ahmedabad, India kira-kira 20 hari selepas dilahirkan ibunya, Shilpa Parmar.

Sebuah pasukan perubatan yang diketuai Neurosurgeon Dr Jaimin Shah melakukan pembedahan ke atas bayi lelaki tersebut selepas melakukan penelitian menyeluruh terhadap kembar parasit itu.

Pasangan kembar parasit itu akhirnya dibedah pada hari ke-28 mereka selepas dilahirkan.

Pembedahan kompleks itu berjalan dengan lancar di Hospital Awam Kerajaan di Ahmedbad, India. - Metro.co.uk

kembar, parasit

Artikel Sebelum

Artikel Lain