suria

Baru 11 tahun, dah tinggi 6 kaki 7 inci!

MELIHAT Zhang Ziyu berjalan bersama-sama rakan sekelasnya di sekolah rendah di Jinan, China, sukar untuk mempercayai kesemua mereka dalam gred enam.

Masakan tidak, Zhang yang baru berusia 11 tahun sudah berketinggian 210 sentimeter (sm) atau 6 kaki 7 inci.

Ramai percaya dia merupakan budak perempuan tertinggi di dunia.

Kedua-dua ibu bapa Zhang merupakan bekas pemain bola keranjang profesional.

Malah kedua-dua mereka mempunyai ketinggian lebih 2 meter, jadi jelas genetik memainkan peranan penting dalam tumbesaran fizikalnya.

Namun mencapai ketinggian 210sm pada usia 11 tahun masih dianggap luar biasa.

Zhang sentiasa jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain.

Salah seorang rakan sekolahnya masih ingat semasa di gred satu, dia sudah pun berketinggian 1.6 meter (5 kaki 3 inci).

Ketinggian Zhang itu lebih daripada purata ukuran tinggi budak perempuan dari China pada gred enam iaitu 1.38 meter (4 kaki 6 inci).

Seperti ibu bapanya. Zhang dilaporkan amat berbakat sebagai pemain bola keranjang.

Rekod dunia Guinness ketika ini bagi budak perempuan tertinggi di dunia disandang oleh Sophie Hollins, berusia 12 tahun dari Southampton, England.

Berketinggian 1.88 meter (6 kaki 2 inci), Sophie lebih rendah beberapa inci berbanding Zhang.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada keluarga Zhang merancang untuk merebut gelaran itu. - odditycentral

Zhang Ziyu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lif untuk ke angkasa?

Artikel Lain