DUA remaja lelaki didapati mencuri sebuah pesawat dari sebuah lapangan terbang persendirian. Kedua-dua mereka yang berusia 14 dan 15, dikatakan meninggalkan kediaman mereka di Front Wasatch di Utah, di mana mereka tinggal bersama rakan-rakan, dan pergi ke Jensen di barat negara itu. Mereka memandu sebuah traktor ke lapangan terbang di Jensen, di mana mereka mencuri sebuah pesawat ringan Cessna satu enjin. Pesawat itu dilihat terbang sangat rendah sepanjang US-40 berhampiran Gusher, Uintah County, kira-kira 32 batu (51 kilometer) ke barat Jensen. Menurut kenyataan Pejabat Sheriff Uintah County: "Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh penyiasat, kedua-dua remaja tersebut menyebut untuk terbang kembali ke Front Wasatch, tetapi memutuskan untuk tidak melakukannya dan kembali ke Vernal di mana mereka mendarat di lapangan terbang. "Kedua-dua remaja itu ditahan di Pusat Tahanan Remaja Split Mountain di Vernal atas pelbagai pertuduhan." Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian. - Mirror Online