suria

Bekas suami rayu isteri pulang, anak autisme ingat ibu main sorok-sorok

Kimberly (kiri) hilang sejak dua minggu lalu.

ANAK bongsu seorang wanita yang hilang sejak dua minggu lalu berfikir ibunya sedang bermain sorok-sorok.

Suami kepada Kimberley Kettlety memohon jasa baik orang ramai untuk membantu mencari isterinya demi anak-anak mereka.

Kimberly, 35, kali terakhir dilihat di Newport pada petang 8 November lalu.

Gareth Kettlety yang berpisah dengan Kimberly berkata dia cuba tidak memberitahu mengenai kehilangan bekas isterinya itu kepada dua anak mereka, Ethan, 11, dan Max, 7, yang masing-masing menghidap autisme.

Namun pemuda berusia 34 tahun itu berkata:"Saya terpaksa beritahu anak sulung saya kerana saya tidak mahu dia mengetahui perkara itu daripada orang lain."

"Anak bongsu saya sedikit sensitif, tetapi mereka berdua tahu sekarang. Anak bongsu saya ingat ibu mereka sedang bermain sorok-sorok."

Gareth berkata dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena selepas Kimberly tidak muncul untuk bertemu dengannya pada 10 November lalu.

Katanya, Kimberly mempunyai sejarah masalah kesihatan mental dan disahkan doktor mengalami gangguan personaliti.

"Saya menggesa agar dia pulang semula ke rumah. Anak-anaknya merindui ibu mereka begitu juga keluarga dan juga rakan-rakan," kata Gareth.

Polis Gwent berkata Kimberly yang bekerja sebagai mekanik terlatih hilang kira-kira pukul 7 pagi, 8 November lalu di sekitar Lower Dock Street dan Dolman Theatre. - Metro.co.uk

autisme, hilang

Artikel Berikut

Artikel Lain