suria

Swafoto terakhir sebelum dua gadis terjun ke dalam telaga ‘bunuh diri’

Swafoto terakhir dirakam oleh kedua-dua gadis tersebut. - CEN

DUA remaja perempuan memuat naik gambar swafoto pada aplikasi WhatsApp sebelum mereka dipercayai melompat ke dalam sebuah telaga dan lemas kerana cuba membunuh diri.

Mayat kedua-dua mangsa yang berusia 17 tahun itu dijumpai di tempat bunuh diri popular yang terletak di Mumbai.

Polis berkata, remaja perempuan terbabit mengambil gambar tersebut berhampiran sebuah telaga dan menjadikannya gambar profil WhatsApp sebelum mereka berdua terjun ke dalam telaga itu.

Telefon pintar, kasut dan gelang kaki mereka yang ditemui oleh polis di kawasan berdekatan telah membuatkan pihak berkuasa yakin bahawa kedua-dua gadis itu sengaja melompat masuk ke dalam telaga berkenaan.

Keluarga mangsa yang terkejut dengan insiden itu berkata, gadis-gadis tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda mereka mengalami tekanan atau ingon membunuh diri dan mereka sangat misteri.

Salah seorang bapa mangsa mendedahkan anak perempuannya baru-baru ini meminta agar dia membeli beberapa pakaian yang pernah dilihatnya di televisyen.

Telaga ini dikenali sebagai lokasi popular untuk bunuh diri.

"Saya berjanji untuk mendapatkannya ... pakaian itu akan tiba dalam beberapa hari lagi tetapi anak perempuan saya tidak akan dapat memakainya," katanya.

Seorang lagi bapa mangsa memberitahu Indian Express: "Apakah jenis persahabatan ini bila seorang berkata ingin melompat ke dalam telaga bersama-sama dan seorang lagi benar-benar melakukannya?

"Walaupun pada saat-saat terakhir mereka, mereka berpakaian pada baju kemeja dan seluar hitam yang sama."

Polis sedang menyiasat telefon kedua-dua gadis tersebut dengan harapan dapat mencari motif di sebalik insiden itu.

Bagaimanapun, remaja terbabit telah memadam perbualan WhatsApp mereka.

Polis berkata, salah seorang gadis tersebut telah memutuskan hubungan dengan teman lelakinya dan memberitahu bahawa dia bertemu lelaki lain.

Klu itu mungkin boleh dikaitkan dengan punca kejadian tersebut.

Dipercayai empat insiden bunuh diri telah berlaku di telaga tersebut dalam tempoh dua tahun. - Daily Mail

swafoto

Artikel Lain