suria

Model Rusia kongsi gambar menyentuh hati dukung mayat bayinya sebagai sokongan kepada ibu lain

Yatskovskaya merupakan seorang model dan blogger kecantikan dari Rusia.

SEORANG model dan blogger kecantikan Rusia yang kehilangan bayi yang baru dilahirkan telah berkongsi dengan pengikutnya sekeping gambar bersama mayat anaknya itu.

Yana Yatskovskaya, 27, menyiarkan gambar itu untuk menunjukkan sokongan kepada semua ibu yang kehilangan bayi baru lahir atau seorang anak.

Gambar tersebut menunjukkan Yatskovskaya memangku tubuh kecil anaknya yang meninggal dunia selepas melahirkan bayi itu di rumah.

Yatskovskaya berkata bahawa dia hamil enam bulan ketika dia memutuskan untuk pergi bercuti ke Maldives bersama suami dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

Semasa percutian itu, dia berasa pergerakan bayi telah berhenti dan segera berkunjung ke hospital tempatan.

Yatskovskaya mendukung mayat bayinya yang baru dilahirkan.

Menurut model yang berasal dari Moscow itu, dia 'pulang' dan terpaksa melahirkan anaknya.

Bagaimanapun, dia tidak memberikan butiran lanjut mengenai kaedah bayinya itu dilahirkan.

Yatskovskaya berkata: "Saya tidak memberikan bayi saya kepada sesiapa dan tiada siapa yang membawanya pergi daripada saya. Saya melahirkannya di rumah dan kami mengebumikannya kerana dia ialah ahli keluarga kami.

"Dia telah menjadi 'angel' dan sekarang melindungi keluarga kami dari syurga."

Model itu menjelaskan bahawa dia mahu menyokong semua ibu yang kehilangan anak mereka dengan berkongsi gambar itu kepada seramai 772,000 pengikutnya di Instagram. - Daily Mail

Yatskovskaya

Artikel Lain