suria

Mulut lelaki tertusuk lembing selepas berkelahi dengan jiran

Keadaan mangsa serta paparan x-ray miliknya. - Caters News Agency

SEORANG lelaki ditusuk lembing ikan di bahagian mulutnya ketika berkelahi dengan jirannya di luar rumah.

Biswajit Tikadar, 49, dari India berkata, dia diserang dengan tempuling itu ketika bergaduh di kampung mereka di Dhara Pukara pada minggu lalu.

Mangsa mendakwa dia sedang membersihkan beranda rumahnya sewaktu pergaduhan itu tercetus dan mendakwa bahawa ketika perbalahan itu sedang hangat berlaku, tempuling tersebut dilemparkan ke arahnya.

Dua objek tajam yang menembusi mulutnya dan keluar dari leher dan bawah telinganya.

Biswajit kemudian berjalan ke Hospital Bongaon sambil memegang tempuling itu di tangannya selepas mengalami kecederaan yang mengerikan.

Dia telah dirujuk ke Kolej Perubatan dan Hospital R. G. Kar di Kolkata pada hari yang sama.

Hospital itu terletak sejauh 102 kilometer (km) dari rumahnya.

Sepasukan doktor melakukan pembedahan selama empat jam untuk mengeluarkan lembing itu daripada wajahya. - Daily Mail

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan