GAMBAR seekor lembu jantan baka 'Belgian Blue' tular kerana bentuk fizikalnya yang sasa. Baka lembu itu mempunyai badan yang berotot kerana mutasi gen yang terjadi secara semula jadi. Bagaimanapun, ramai yakin penternaknya telah memberi suntikan steroid kepada lembu 'bina badan' itu sehingga membangkitkan kemarahan banyak pihak. Ia susulan Knickers, seekor lembu berukuran 6 kaki 4 inci dari Australia menjadi tajuk berita kerana mempunyai otot yang menonjol pada keseluruhan badannya. Walaupun ia adalah kejadian semula jadi, tetapi masih timbul dakwaan mengenai pembesaran otot pada lembu tersebut disebabkan suntikan steroid. "Ini sepatutnya menyalahi undang-undang kerana menyuntik banyak hormon dan steroid ke dalam mana-mana haiwan untuk kelihatan sihat. Ia sesuatu yang jelik dan menyedihkan," menurut salah satu komen netizen. Namun ada yang membidas dakwaan steroid itu dengan menjelaskan bahawa otot-otot yang membesar itu kerana genetik. "Ini adalah baka lembu Belgium yang kelihatan seperti ini kerana mutasi genetik yang mengakibatkan jisim otot meningkat. "Jadi hentikan steroid dan kekejaman haiwan yang mengarut ini," kata netizen. Keadaan fizikal lembut itu boleh menjejaskan kesihatan lembu berkenaan. Antara masalah yang boleh dihadapi adalah proses kehamilan dan melahirkan anak juga perlu dilakukan menerusi pembedahan. - Mirror Online