suria

PA Meghan letak jawatan didakwa tertekan

Meghan Markle.

PEMBANTU peribadi Meghan Markle meletakkan jawatan selepas didakwa tidak gembira dengan tuntutan tugas diraja.

Melissa Toubati, 39, secara diam-diam menyerahkan notis perletakan jawatannya selepas enam bulan berkhidmat dengan Duchess of Sussex itu.

Kini punca meletakkan jawatan itu dalam keadaan tergesa-gesa didedahkan.

Sumber berkata: Tugasnya sangat tertekan sehingga akhirnya keterlaluan. Dia banyak memendam perasan. Meghan memintanya melakukan macam-macam sehingga membuatkan dia tertekan.

"Dia seorang yang berbakat besar dan memainkan peranan yang penting dalam kelangsungan dengan perkahwinan diraja. 

"Dia pastinya dirindui ramai pihak di istana.

"Melissa sememangnya seorang yang profesional yang melakukan tugas dengan bagus, tetapi dia perlu membuat keputusan dan ia adalah lebih mudah bagi kedua-duanya membawa haluan masing-masing."

Berita mengenai perletakan jawatannya susulan laporan berhubung layan Meghan kepada kakitangan diraja tidak seperti yang digambarkan. - Mirror Online

Artikel Sebelum

Artikel Lain