suria

Wanita terkejut katak kaki panjang melompat dalam salad

Gambar Hiasan. FOTO: San Gabriel Valley Tribune

SEORANG wanita terkejut apabila hidangan yang dipesan di sebuah restoran mengandungi seekor katak yang masih hidup.

Menurut Naomi Stahl, kejadian berkenaan berlaku di sebuah restoran Mediterranean di Cava, Washington.

Ujarnya, dia tidak menyedari kehadiran katak berkenaan sehinggalah dia membuka bungkusan hidangan untuk diletakkan dalam mangkuk, di kediamannya.

"Ia melompat dalam mangkuk, kakinya agak panjang," ujar wanita itu.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Cava, Dan Jones memohon maaf atas insiden berkenaan.

"Kami memohon maaf atas apa yang berlaku kerana menyediakan hidangan yang tak mengikut standard sebenar kami.

"Kami juga akan bekerjasama seluruh pasukan untuk memastikan standard sentiasa terjaga dan tidak mahu perkara seperti ini berulang lagi pada masa akan datang," ujar Dan.

Malah katanya, pihak restoran berkenaan akan menyiasat insiden itu bagi mencari kakitangan yang bertanggungjawab sewaktu kejadian.

Dalam pada itu, Naomi berkata, dia dan teman lelakinya menangkap katak berkenaan sebelum melepaskannya di satu kawasan air berhampiran apartmen mereka. - NBC Washington.

Katak, Salad

Artikel Lain