suria

Kawan lama dedah ungkapan terakhir Presiden AS H.W Bush sebelum meninggal dunia

Bekas presiden George Bush dan James A. Baker III ketika tahun 2012. Baker, kawan lama Bush kerap melawatnya beberapa hari sebelum dia meninggal dunia pada Jumaat. -fotoAP

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS) George Herbert Walker Bush dilaporkan tidak bermaya beberapa hari sebelum dia meninggal dunia.

Dia tidak bangun dari tempat tidur, dia berhenti makan dan banyak menghabiskan masanya dengan tidur.

Rakan lamanya dan bekas setiausaha negara, James A. Baker III, tiba di kediamannya di Houston pada pagi Jumaat untuk membuat pemeriksaan.

Ketika itu Bush tiba-tiba nampak sihat, matanya terbuka luas.

"Ke mana kita akan pergi, Bake?," dia bertanya.

"Kita akan ke syurga," jawab Baker.

"Ke situlah saya mahu pergi," kata Bush.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Presiden Amerika Syarikat H.W Bush meninggal dunia pada usia 94 tahun

Hampir 13 jam kemudian, Bush meninggal dunia.

Presiden AS ke-41 itu meninggal di rumahnya di sebuah komuniti berpagar di Houston, dikelilingi beberapa rakan dan ahli keluarganya.

Ketika lewat malam Jumaat, anaknya George W.Bush diletakkan dihubungi untuk mengucapkan selamat tinggal melalui speaker telefon.

Dia sempat memberitahu Bush bahawa dia telah menjadi 'seorang bapa yang hebat' dan dia amat mengasihinya.

"I love you too (saya juga sayang kamu)," kata Bush kepada anaknya.

Itu adalah perkataan terakhirnya. -NYTimes

Artikel Lain