suria

Lelaki muda selamba cium kekasih usia 91 tahun, tak kisah satu dunia melihatnya

JURANG umur adalah satu perkara subjektif dan mempunyai pelbagai sudut pandangan.

Bagi sesetengah orang, jurang 10 tahun adalah terlalu jauh untuk menjalinkan hubungan, tetapi ada juga yang mahukan individu lebih tua menjadi pasangan mereka.

Kyle yang berusia 31 tahun misalnya, dapat dilihat mencium Marg, teman wanitanya yang berusia 91 tahun dalam siri dokumentari baharu 'Extreme Love'.

Walaupun hubungan mereka sukar dimengerti bagi setengah orang, Marg sebenarnya wanita yang sempurna di mata Kyle.

Kyle sangat terbuka tentang keterujaannya terhadap teman wanitanya yang boleh dianggap nenek, dengan mengakui 'saya tertarik dengan wanita yang lebih tua'.

Kyle dan Marg adalah salah satu daripada beberapa pasangan yang dipaparkan dalam siri tersebut, satu program TV tentang cinta dan nafsu luar biasa.

Program 'pembuka mata' ini bermula dengan Shawna, seorang wanita yang tunangnya Dave yang lebih cenderung kepada koleksi patung seks robotnya.

Walaupun bersedia untuk mengikat perhubungan dengan Shawna, Dave dari Nova Scotia, Kanada, telah menggambarkan patung seks terbaharunya sebagai 'wanita impian saya'.

Ini mungkin bukan apa yang mahu didengari seorang wanita daripada bakal suaminya.

Bagaimanapun, seperti yang ditunjukkan oleh siri ini, dunia percintaan sebenarnya lebih rumit daripada apa yang disangka.

-foto bTV

Kisah lain termasuklah pasangan yang berkongsi kecenderungan terhadap 'bayi dewasa', dengan si teman wanita memakai lampin, menghisap puting dan minum dari botol susu.

Sid dari Texas pula berbangga apabila memberi teman wanitanya makan dengan jumlah kalori antara 6,000 dan 8,000 setiap hari dalam usaha untuk menggemukkannya. -unilad

kekasih tua, cium, cinta

Artikel Lain