suria

Kakak maut ditembak adik di kepala semasa jagaan nenek

Izabella ‘Izzy’ Marie Helem.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas ditembak di kepala secara tidak sengaja oleh adiknya.

Izabella 'Izzy' Marie Halem menghembuskan nafas terakhrnya selepas lima hari bertarung dengan kecederaan parah yang dialami dalam insiden yang berlaku di kediaman neneknya di Lebanon, Indiana pada Khamis lalu.

Doktor mengesahkan Izzy mengalami kematian otak dan jangka hidupnya tidak panjang.

Malah doktor turut mengesyorkan agar beberapa organ Izzy didermakan.

Ibunya, Brianna berkata organ Izzy sudah didermakan dan akan membantu beberapa kanak-kanak yang sedang sakit, lapor Lebanon Reporter.

"Walaupun dia sudah tiada tetapi rohnya masih hidup bersama kami. Dia tidak lagi menderita dan dia boleh mencipta keajaiban untuk keluarga lain."

Jantung Izzy didermakan kepada seorang kanak-kanak berusia setahun manakala  penerima hatinya masih dikenal pasti.

Insiden tembakan itu berlaku selepas adik Izzy berusia tiga tahun bermain dengan sepucuk senapang.

Brianna dan suaminya, Alonzo sedang bekerja ketika insiden itu berlaku.

Brianna bekerja sebagai Tentera Amerika Syarikat (AS) dan sedang memandu ke Kentucky semasa insiden menimpa anaknya itu. - Metro.co.uk

tembakan

Artikel Lain