suria

Selain kereta Ferrari, remaja ini ada koleksi kasut RM4 juta, zoo dalam rumah

Rashed menamakan sebahagian haiwan di zoo miliknya dengan nama-nama pengunjung seperti selebriti gred A. Foto Mirror Online

SEORANG remaja daripada keluarga jutawan yang terkenal dengan hobinya mengumpul kasut mahal, mendedahkan rumah keluarganya menempatkan kira-kira 500 haiwan eksotik.

Rashed Saif Belhasa menetap di Emiriah Arab Bersatua (UAE), di sebuah kawasan yang begitu besar sehingga keluarganya perlu menggunakan kereta bugi golf untuk berjalan di sekelilingnya.

Lagi memelikkan apabila keluarga jutawan itu mempunyai zoo persendirian sendiri, dengan beberapa haiwan yang diberikan nama selebriti yang kerap berkunjung ke rumah mereka.

Remaja berusia 16 tahun itu menunjukkan rumahnya yang unik dalam dokumentari baharu, The Weirdest Homes World (Rumah Paling Pelik di Dunia), yang disiarkan pada malam Rabu.

Pengacara, Charlie Luxton mengembara ke beberapa destinasi termasuk Arizona di Amerika Syarikat, Dubai dan Rio de Janiero untuk menemui beberapa rumah yang unik dalam rancangan di saluran Channel 4, termasuk menemubual Rashed.

Koleksi kasut yang dianggarkan bernilai AS1 juta (RM4.16 juta). Foto Mirror Online

Remaja kaya raya itu dikenali sebagai nama 'Money Kicks' di Instagram, dengan lebih 1.5 juta pengikut dan mempamerkan gaya hidupnya yang mewah.

Dalam dokumentari tersebut, dia bercakap mengenai aspirasinya untuk mengikuti jejak langkal bapanya yang merupakan mogul binaan, Saif Ahmed Belhasa dengan mencipta kekayaannya sendiri.

Dari ruang tamu yang besar, sebuah zoo persendirian dapat dilihat menghimpunkan haiwan-haiwan seperti singa, harimau, harimau kumbang, cheetah, termasuk zirafah dan beruang.

Ramai selebriti gred A sering melawat zoo berkenaan, dan remaja itu memberi nama tetamu VIPnya kepada beberapa haiwan.

Zoo persendirian ini mempunyai haiwan-haiwan seperti harimau, beruang dan zirafah. Foto Mirror Online

Antara haiwan-haiwan tersebut mempunyai nama seperti singa Versace, orang utan Gucci dan Dior, zirafah Bert and Ernie, cipanzi Armani.

Ada di antara haiwan yang dibawa masuk ke dalam rumah agam tersebut pada waktu tertentu.

Pengunjung selebriti termasuk Mariah Carey, Ronaldo, Floyd Mayweather, Rihanna, Paris Hilton dan Jackie Chan dan semuanya mempunyai nama pada haiwan di zoo berkenaan.

Terdapat haiwan yang dinamakan sempena Mariah Carey. Foto Mirror Online

Ketika pembuat filem itu ditanya sama ada dia adalah satu-satunya anak di dunia dengan zoo persendirian sendiri, Rashed menjawab: "Anda boleh katakanya, saya tidak suka menonjol."

Bapa Rashed yang merupakan hartawan di UAE, Saif Ahmed Belhasa, memiliki lebih 500 haiwan eksotik yang dikumpulkannya dari zoo swasta lain yang diabaikan.

Memandangkan zoo itu tidak dibuka kepada orang ramai, keluarga berkenaan tidak membuat keuntungan daripadanya dan dia menolak dakwaan bahawa haiwan-haiwan tersebut dianiaya.

Katanya: "Kami menjaga kesemua haiwan di sini. Bila saya berkunjung ke Kenya, saya lihat banyak singat mati kerana mereka hanya makan sekali sebulan, dan di sini mereka setiap hari."

Remaja ini diberikan hadiah kereta Ferrari sempena hari ulang tahunnya. Foto Mirror Online

Pengikut fesyen itu turut mempunyai koleksi kasut yang begitu banyak dengan gaya mewah termasuk edisi terhad Yeezys, Bapes dan Air Jordans.

Kesemuanya disimpan rapi dalam rak, dengan kesemua koleksi dianggarkan bernilai AS$1 juta (RM4.16 juta).

Rashed mempunyai satu bilik khas yang hanya menyimpan koleksi kasutnya.

Antara koleksi kasutnya adalah satu daripada hanya 14 pasang yang dibuat, dan turut dipakai oleh pemain bola sepak, Paul Pogba.

Dia juga pernah menjadi tajuk berita utama tahun lalu selepas diberikan hadiah berupa kereta Ferrari bernilai £200,000 (RM1.06 juta) dengan logo Louis Vuitton Supreme sempena hari ulang tahunnya. 

Walaupun dia terlalu muda untuk memandu kereta kerana undang-undang di Dubai hanya membenarkan memandu pada umur 18 tahun, syarikat FoilX membuat lapisan pada 'supercar' warna kuning itu. - Mirror Online

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan